KANGAR: Kewujudan kartel yang mengawal harga dan bekalan input pertanian seperti benih, baja dan racun sudah lama ‘menyeksa’ pesawah yang terpaksa berdepan pelbagai masalah setiap kali musim penanaman padi sehingga ada yang menanggung kerugian. Isu tersebut bukan baharu sebaliknya sudah berlarutan puluhan tahun lalu dan sudah tiba masanya kerajaan memberi pembelaan kepada pesawah bukannya menjaga kartel atau ‘mafia’ padi. Justeru, para pesawah menggesa agar kerajaan bukan sahaja perlu membongkarkan permainan…