TUMPAT: Pandu kereta sejauh 15 kilometer dan mengemudi bot meredah Sungai Kelantan selama 10 minit. Itu rutin harian setiap subuh sejak sembilan tahun lalu bagi Mohd. Amin Zulkahar Saari, 35, semata-mata mahu mengimamkan solat subuh di Masjid Al Ahmadiah Mukim Teluk Rejuna di sini. Bercakap kepada Utusan Malaysia, Mohd. Amin berkata, situasi itu sedikit pun tidak mematahkan semangatnya melaksanakan tugas sebagai Imam Tua di masjid berkenaan. “Saya tinggal di Kampung…