Penduduk Tumpat perlu waspada, ban banjir pecah

Penduduk Tumpat perlu waspada, ban banjir pecah

TANGKAP layar yang menunjukkan ban Projek Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu (PLSB) Sungai Golok pecah di Kuala Teluk, Kampung Lachang, Rantau Panjang, Kelantan petang tadi
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Penduduk di kawasan Tumpat perlu berwaspada selepas ban Projek Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu (PLSB) Sungai Golok di Kuala Teluk, Kampung Lachang, Rantau Panjang pecah petang tadi.

Situasi itu bakal menyaksikan beberapa kawasan di Tumpat seperti Kampung Bendang Pak Yong, Kampung Simpangan, Kampung Naga Ibu dan kawasan sekitar akan dilanda banjir.

Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) negeri Kelantan, Kamal Mustapha berkata, ban yang pecah itu melibatkan kawasan kawasan sepanjang 50 meter dan air sudah melimpah keluar melebih 5 kilometer.

Menurutnya, kejadian itu berlaku pada pukul 5.30 petang tadi.

“Mengikut perancangan, pihak kami bercadang untuk memecahkan ban tersebut pada pukul 10 pagi esok bertujuan mengawal keadaan banjir di Rantau Panjang. Bagaimanapun ia terpaksa ditunda kerana ban itu sudah pecah.

“Pada masa yang sama, jalan perhubungan untuk membawa mesin jengkaut ke atas jajaran ban itu turut ditenggelami banjir,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini sebentar tadi.

Kamal memberitahu, sehubungan itu JPS meningatkan supaya bersiap sedia untuk berdepan sebarang kemungkinan kesan daripada kejadian itu.

Terdahulu, beberapa video yang menunjukkan keadaan ban telah pecah sehingga mencetuskan rasa gusar dalam kalangan penduduk di kawasan rendah.

Selain Tumpat, kesan limpahan air itu dijangka akan turut dirasai oleh penduduk di Kampung Jejawi, Siram, Bukit Lata, Bakong, Meranti, Gelang Mas dan beberapa kawasan sekitar.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya