KPKT menang 4 anugerah, Kor Ming derma sebulan gaji

KPKT menang 4 anugerah, Kor Ming derma sebulan gaji

NGA KOR MING menunjukkan anugerah dalam Majlis Anugerah Pembangunan Negara 2024 yang dimenangi Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) pada sidang media di Putrajaya, semalam. FOTO - FAIZ ALIF ZUBIR/PEMBERITA - AMREE
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming menyumbangkan sebulan gajinya berikutan kejayaan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) meraih empat anugerah dalam Majlis Anugerah Pembangunan Negara 2024.

Dalam sidang akhbar di sini, beliau pada mulanya sekadar berkongsi kisah kecemerlangan KPKT itu tetapi di akhir sidang akhbar itu, beliau membuat kejutan apabila memaklumkan hasrat mahu menyumbangkan kesemua gajinya bulan ini.

“Sebagai tanda terima kasih atas jasa bakti lebih 22,000 warga KPKT, saya mengumumkan untuk derma satu bulan gaji menteri ke dalam tabung kebajikan kakitangan,” katanya.

Beliau kemudiannya menyerahkan sekeping sampul surat bersaiz A4 yang dipercayai mengandungi cek bank untuk diterima oleh Ketua Setiausaha KPKT, Datuk M. Noor Azman Taib.

Majlis Anugerah Pembangunan Negara anjuran Jabatan Perdana Menteri itu diadakan pada Selasa lalu dengan semua hadiah disampaikan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar.

Mengulas lanjut, Kor Ming menyatakan, KPKT muncul kementerian pertama dinobatkan menerima hadiah utama Anugerah Pembangunan Negara 2024 yang julung kali diadakan.

“KPKT juga menerima Anugerah Khas Penilaian Outcome Pencapaian Konsisten, Anugerah Pengurusan Sistem Bangunan Industri Terbaik dan Anugerah Penilaian Outcome Kementerian Berprestasi Tinggi,’’ kata beliau. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN