Dua tahun KPKM jamin sekuriti makanan menerusi pelbagai inisiatif

Dua tahun KPKM jamin sekuriti makanan menerusi pelbagai inisiatif

Kerajaan juga menambah bantuan Skim Subsidi Harga Padi yang dinaikan daripada RM360 per metrik tan kepada RM500 per metrik tan manakala harga lantai belian padi ditingkatkan daripada RM1,200 per metrik tan kepada RM1,300 per metrik tan. - GAMBAR HIASAN/UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) yang dipimpin Datuk Seri Mohamad Sabu dalam tempoh dua tahun Kerajaan Perpaduan mentadbir negara berjaya melaksanakan 11 inisiatif bagi menjaga sekuriti makanan.

Keseluruhan agenda tersebut dilaksanakan dengan amanah dan terbukti mampu mengekalkan keterjaminan bekalan makanan yang sentiasa mencukupi untuk kegunaan rakyat, kata KPKM dalam satu kenyataan hari ini.

Antara usaha-usaha KPKM ialah memulakan usaha penanaman bawang secara besar-besaran bagi mengurangkan import barangan tersebut sehingga 30 peratus pada tahun 2030.

Inisiatif meningkatkan pengeluaran nanas lebih 100 peratus daripada 800 kontena pada Januari 2024 kepada 1,727 kontena pada Oktober lalu. Peningkatan jumlah eksport yang ketara tersebut sekali gus menyumbang kepada kenaikan pendapatan negara.

KPKM turut memperkenalkan durian segar untuk dieksport ke China, dan dijangka nilai eksport raja buah itu akan melonjak sehingga RM1.8 bilion pada tahun 2030.

Dalam tempoh pentadbiran Kerajaan madani, KPKM turut menstruktur semula subsidi ayam, dengan pendekatan tersebut wang rakyat dapat dijimatkan hampir RM100 juta sebulan dan bekalan serta harga ayam terus stabil.

Dalam pada itu, program Jualan Agro Madani turut diperluaskan agar rakyat boleh mendapat akses bekalan makanan dengan penjimatan sehingga 30 peratus daripada harga pasaran.

Kerajaan juga menambah bantuan Skim Subsidi Harga Padi yang dinaikan daripada RM360 per metrik tan kepada RM500 per metrik tan manakala harga lantai belian padi ditingkatkan daripada RM1,200 per metrik tan kepada RM1,300 per metrik tan.

KPKM terus komited dalam memberi elaun sara hidup dan subsidi diesel kepada nelayan supaya kumpulan sasar ini terus mendapat sokongan dan dukungan kerajaan.

Selain itu bantuan tunai bulanan melalui Skim Budi Madani Agro Komoditi diberi kepada petani yang terkesan dengan penyasaran semula subsidi diesel.

Subsidi Beras Import turut diberikan kepada penduduk Sabah, Sarawak dan Labuan yang bernilai RM23 juta sebulan untuk membantu penduduk di wilayah itu menyerap kesan kenaikan harga beras dunia.

KPKM juga melaksanakan reformasi institusi untuk memperbaiki sistem pentadbiran jabatan dan agensi di bawah KPKM. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN