BENTONG: Pembinaan pusat timbang sawit swasta di persimpangan Felda Kota Gelanggi 2, Jerantut yang mendapat bantahan peneroka berlaku disebabkan pertindihan kuasa antara Felda dan Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) dalam pemberian lesen. Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Felda, Koperasi dan Usahawan negeri, Datuk Amizar Abu Adam berkata, kerajaan negeri masih melakukan perbincangan dengan pengusaha dan agensi-agensi berkaitan berhubung pembinaan pusat timbang berkenaan. “Kita sudah menghubungi MPOB dan perkara ini telah dibawa…










