SHAH ALAM: Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) meluahkan keyakinannya bahawa pilihan raya mengejut akan berlaku tidak lama lagi iaitu sebelum kerajaan di bawah pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menamatkan penggalnya. Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Azmin Ali berkata, beliau yakin Bersatu merupakan sebuah parti yang akan meneraju masa depan negara. Oleh itu, kata beliau, semua perwakilan Bersatu perlu bersedia untuk menghadapi pilihan raya yang akan berlaku sebelum tahun 2027.…