KUALA LUMPUR: Empat penjenayah warga Vietnam yang disyaki terbabit dalam 44 kes tebuk peti besi di sekitar Lembah Klang, sejak 2018 akhirnya maut selepas ditembak polis malam tadi. Keempat-empat suspek ditembak oleh sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman dan JSJ Kuala Lumpur selepas menyerbu unit kediaman di tingkat 17, sebuah residensi di Jalan Imbi, di sini pukul 11.30 malam tadi. Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd…










