300 terputus bekalan air akibat tanah runtuh kali kedua di Lembah Maju

300 terputus bekalan air akibat tanah runtuh kali kedua di Lembah Maju

YEW Jia Haur membuat tinjauan di lokasi tanah runtuh di Jalan Maju 1/14, Taman Lembah Maju, Pandan Indah di sini hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

AMPANG: Kawasan letak kenderaan di Jalan Maju 1/14, Lembah Maju, Pandan Indah di sini ditutup  bagi kerja-kerja membaiki  kejadian tanah runtuh awal pagi tadi. 

Ahli Dewan Negeri Negeri (Adun) Teratai, Yew Jia Haur berkata, kejadian tersebut  berlaku di lokasi kawasan  tebing sama yang runtuh  pada 12 Oktober lalu. 

“Pihak Jabatan Pengairan dan Sungai (JPS) melalui pihak kontraktor dilantik akan melaksanakan kerja membaik pulih tebing berkenaan yang akan bermula hari ini.

“Setakat ini pihak Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd. (Air Selangor) sedang mengusahakan pembahagian bekalan air untuk 300 pemegang akaun sekitar Lembah Maju ekoran terdapat gangguan bekalan air selepas insiden tanah runtuh. 

“Air Selangor akan sediakan enam tangki statik dan lori-lori tangki air diminta bersedia untuk membantu penduduk,” katanya ketika sidang media, di sini hari ini.  

Menurut beliau, kawasan itu kini dihadang  Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) selepas insiden pertama  berlaku namun apa penduduk tidak bertanggungjawab  membuka hadangan itu. 

Dalam kejadian tanah runtuh pada 12 Oktober lalu,  sebuah kereta terjunam di situ. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya