Rawatan terapi guna elemen air laut di pusat rehabilitasi - Utusan Malaysia

Rawatan terapi guna elemen air laut di pusat rehabilitasi

STEVEN Sim Chee Keong melakukan gimik perasmian Majlis Pecah Tanah Penubuhan Rehabilitasi Perkeso Wilayah Timur di Merang, Setiu, hari ini. - UTUSAN/PUQTRA HAIRRY ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SETIU: Pusat Rehabilitasi Perkeso Wilayah Timur yang bakal dibina di Merang dekat sini bakal menawarkan rawatan terapi inovatif Thalassotherapy menggunakan elemen air laut yang pertama di negara ini.

Menteri Sumber Manusia, Steven Sim Chee Keong, pusat rehabilitasi bernilai RM571.8 juta itu dibangunkan berhampiran kawasan pantai bagi memudahkan pesakit menjalani rawatan tersebut.

“Pembangunan pusat rehabilitasi yang mempunyai 315 katil dan mampu menampung 400 hingga 500 pesakit setiap hari itu melibatkan kawasan seluas 28 hektar dan dijangka siap 2027,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan Majlis Pecah Tanah Pusat Rehabilitasi Perkeso Wilayah Timur di
Merang di sini, hari ini.

Selain itu, Steven Sim berkata, pesakit juga ditawarkan menjalani rawatan hippotheraly secara menunggang kuda sebagai instrumen pemulilhan fizikal, mental dan kgnitif pesakit.

Tambahnya, pusat rehabilitasi tersebut turut menyediakan teknik perubatan neuro-robotik dan cybernics bagi pemulihan golongan pekerja yang menghidap penyakit kronik serta kecederaan dan kecacatan akibat kemalangan.

“Rawatan pemulihan pekerja yang mencarum Perkeso tersebut akan mendapat kerjasama pakar dari Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu dan Hospital Sultan Zainal Abidin, Kuala Nerus,” katanya.

Beliau memberitahu, penubuhan pusat rehabilitasi ketiga selepas Melaka dan Perak itu di Terengganu itu bertepatan memandangkan sebanyak 15 hingga 20 peratus jumlah kes diterima di pusat rehabilitasi sedia ada ketika ini melibatkan pesakit dari Pantai Timur. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN