Polis ambil keterangan sembilan individu termasuk wakil syarikat

Polis ambil keterangan sembilan individu termasuk wakil syarikat

RAMLI MOHAMED YOOSUF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Polis setakat ini telah merakam percakapan seramai sembilan individu berkaitan sebuah syarikat bumiputera didakwa menyeleweng wang yuran program latihan penerbangan yang sepatutnya dibayar kepada sebuah akademi penerbangan di luar negara.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, siasatan lanjut berkaitan kes tersebut sedang dijalankan 

“Setakat ini seramai sembilan saksi telah diambil keterangan bagi membantu siasatan. Turut dipanggil wakil syarikat tersebut didakwa menyeleweng wang yuran berkenaan,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini, hari ini. 

Media pada 25 Oktober lalu melaporkan sebanyak 11 laporan mengenai kes berkenaan melibatkan kerugian dianggarkan berjumlah RM2.4 juta diterima pihak polis. 

Ramli dilapor berkata, laporan berkenaan diterima daripada Majlis Amanah Rakyat (Mara) dan 10 lagi daripada pelatih yang jadi mangsa dan kes disiasat mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan.

Sebelum ini, media turut melaporkan impian sekumpulan lebih 50 pelatih untuk menjadi juruterbang musnah apabila menjadi mangsa sebuah syarikat tempatan menyalahgunakan dana yang dibayar untuk menjalani latihan penerbangan di Republik Czech. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN