Kerajaan perlu masa laksana semula GST - PM

Kerajaan perlu masa laksana semula GST – PM

ANWAR IBRAHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) adalah sistem percukaian yang telus serta mampu untuk menyumbang kepada pendapatan negara.

Bagaimanapun, Perdana Menteri berkata, negara memerlukan sedikit masa untuk melaksanakan semula GST selepas nilai ambang pendapatan berjaya ditingkatkan.

“Kalau laksanakan GST sekarang, semua kena bayar, yang kaya dan yang miskin. Saya tidak boleh (terima).Berikan kita masa beberapa tahun lagi.

“Saya faham dan mengkaji sejak sedekad lalu bahawa GST adalah sistem cukai paling efisien dan memberi kelebihan kepada kerajaan untuk mengutip pendapatan.

“Namun berikan kita masa untuk meningkatkan ekonomi terlebih dahulu dan nilai ambang pendapatan kepada RM3,000 atau RM4,000 minimum,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap pada majlis Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) ke-78, Gabungan Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Malaysia (ACCIM), hari ini.

Pada tahun 2018, Tun Dr. Mahathir Mohamad mengumumkan kerajaan akan menghentikan kutipan GST sebagai memenuhi janji yang terkan­dung dalam manifesto Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Umum ke-14.

GST kali pertama dilaksanakan pada 1 April 2015 pada kadar enam peratus.

GST kemudian digantung pada 1 Jun 2018 dan akhirnya dimansuhkan apabila ia digantikan dengan sistem SST bermula 1 September 2018.

Kadar semasa bagi cukai jualan adalah 5 peratus dan 10 peratus manakala kadar cukai perkhidmatan ialah 6 peratus.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN