Culik: Tiga warga Vietnam direman tujuh hari

Culik: Tiga warga Vietnam direman tujuh hari

TIGA suspek warga Vietnam dibawa ke Mahkamah Majistret Johor Bahru bagi permohonan reman untuk membantu siasatan kes penculikan seorang ahli perniagaan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Dua lelaki dan seorang wanita warga Vietnam direman tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes penculikan seorang ahli perniagaan pada 13 Oktober lalu.

Perintah tahanan reman itu dikeluarkan oleh Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Majistret Johor Bahru, Muhammad Fitri Mokhtar bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan terhadap kesemua suspek mengikut Akta Penculikan 1962.

Kesemua suspek yang berusia dalam lingkungan 30-an itu ditahan awal pagi semalam di sekitar Batu Pahat.

Semalam, Ketua Polis Johor, Datuk M. Kumar memberitahu, pihaknya berjaya menahan 13 individu berusia 23 hingga 58 tahun itu dalam beberapa siri tangkapan di sekitar negeri ini bermula pukul 9 malam, semalam.

Sebelum ini, media melaporkan seorang ahli perniagaan diculik oleh beberapa lelaki sebelum dipercayai dibebaskan selepas ahli keluarga mangsa membayar wang tebusan, dipercayai berjumlah RM20 juta.

Peniaga berusia 59 tahun itu dijadualkan untuk ke luar negara bagi urusan perniagaannya sebelum dilarikan pukul 5 pagi, Ahad lalu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN