CAP cadang kerajaan anjur Jualan Rahmah Madani Deepavali

CAP cadang kerajaan anjur Jualan Rahmah Madani Deepavali

N. V Subbarow (kanan) menjayakan kempen Deepavali bebas plastik di Little India, di Lebuh Pasar, Pulau Pinang, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGE TOWN: Kerajaan disaran menganjurkan Jualan Rahmah Madani Deepavali bagi meringankan beban masyarakat India yang mahu membuat persiapan menjelang perayaan tersebut hujung bulan ini.

Pegawai Pendidikan CAP, N.V. Subbarow berkata, sehingga kini, tiada Jualan Rahmah Madani dianjurkan sempena Deepavali, sedangkan masih ramai masyarakat India yang tergolong dalam kumpulan B40 serta mereka yang kurang berkemampuan ketika ini.

“Jadi, kami memohon agar kerajaan dapat menganjurkan Jualan Rahmah Madani Deepavali. Ini dapat membantu meringankan beban mereka yang membuat persediaan untuk perayaan tersebut.

“Berdasarkan pengalaman pelanggan yang mengunjungi Jualan Rahmah Madani, mereka memaklumkan bahawa harga barangan amat berpatutan dan mereka mampu berjimat ketika membeli-belah di sana,” katanya di sini, hari ini.

Menurut Subbarow, setakat ini, CAP juga tidak menerima aduan mengenai kenaikan harga barang keperluan menjelang sambutan Deepavali.

“Barangan keperluan mencukupi, namun, kami bimbang apabila ada yang menyatakan harga kambing akan meningkat menjelang perayaan (Deepavali) nanti.

“Kami juga agak bimbang sekiranya bekalan minyak masak paket akan berkurangan nanti kerana permintaan terhadap minyak masak paket sempena perayaan Deepavali agak tinggi,” katanya.

Tambah beliau, CAP turut berharap akan ada harga kawalan daripada kerajaan untuk barangan keperluan sempena perayaan itu nanti. – UTUSAN 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya