BACHOK: Kerajaan melalui Jabatan Kerja Raya (JKR) telah menyiapkan sebanyak 154 projek fasiliti kesihatan untuk kemudahan rakyat yang menelan belanja RM14.69 bilion bermula Rancangan Malaysia Ke-9 (RMK-9) hingga RMK-12. Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, jumlah itu melibatkan 111 projek di bawah RMK-9 sehingga RMK-11 manakala 43 projek lagi berada di dalam RMK-12 Rolling Plan 1 (RP1) sehingga RP4. “Pecahan kos itu merangkumi Fasa Pra Pembinaan (Perancangan) dengan…