Yusoff Rawther didakwa edar dadah

Yusoff Rawther didakwa edar dadah

MUHAMMED Yusoff Rawther diiringi anggota polis ketika hadir di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur hari ini atas tuduhan mengedar dadah, Jumaat lalu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Bekas pembantu penyelidik Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan mengedar dadah, Jumaat lalu.

Mengikut pertuduhan, Muhammed Yusoff Rawther, 31, didakwa mengedar dadah berbahaya iaitu kanabis seberat 305 gram di kawasan tempat letak kereta di hadapan surau Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur, pada 6 September lalu.

Dia didakwa di bawah Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah Sesyen 39B(2) Akta yang sama yang memperuntukkan hukuman penjara seumur hidup.

Timbalan Pendakwa Raya, Mohd. Sabri Othman memohon satu tarikh sebutan bagi mendapatkan laporan analisis dadah daripada Jabatan Kimia Malaysia.

Peguam bela, Muhammad Rafique Rashid Ali yang mewakili Muhammed Yusoff tidak membantah permohonan tersebut.

Hakim S. Arunjothy menetapkan 12 November ini bagi sebutan semula kes laporan berat bersih dadah.

Pada prosiding sama, Muhammad Rafique memberitahu pihaknya akan memfailkan permohonan ikat jamin dalam masa terdekat sebelum sebutan semula kes di Mahkamah Tinggi.

Semalam, Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan penahanan Muhammed Yusoff kerana memiliki dua pistol tiruan dan ganja di Jalan Bukit Kiara, Kuala Lumpur pada 6 September lalu.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd. Isa berkata, ketika ditahan Muhammed Yusoff ketika menaiki sebuah kenderaan.

Menurut beliau, hasil pemeriksaan ke atas kenderaan yang dinaiki lelaki terbabit, polis menemui dua pucuk pistol tiruan dan ketulan mampat disyaki dadah jenis ganja. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN