PUTRAJAYA: Pada usia 99 tahun, Tun Dr. Mahathir Mohamad masih lagi bersemangat turun ke Dataran Putrajaya dan tidak melepaskan peluang untuk menyaksikan sambutan Hari Kebangsaan 2024. Bekas Perdana Menteri itu hadir di Dataran Putrajaya dengan menaiki kereta Proton X70 diiringi pegawai pengiring. Dr. Mahathir dilihat memberhentikan kenderaannya berhampiran Menara Prisma sebelum turun menyantuni orang awam yang hadir menyaksikan sambutan Hari Kebangsaan ke-67 pagi semalam. Beliau meluangkan masa kira-kira 20 minit untuk menyantuni orang awam yang berada berhampiran menara yang menempatkan Kementerian Ekonomi itu. Orang awam yang berada di situ turut…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya