Timbalan Menteri PKR mohon Kad Pintar Pesawah?  - Utusan Malaysia

Timbalan Menteri PKR mohon Kad Pintar Pesawah? 

MUSTAPHA SAKMUD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Tular dalam media sosial sekeping gambar senarai nama individu yang memohon Kad Pintar Pesawah (KPP) di bawah Lembaga Pertubuhan Peladang (Peladang) termasuk nama Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Mustapha Sakmud.

Gambar itu mengundang pelbagai kritikan dan persoalan orang ramai dalam media sosial bagaimana individu berstatus ahli Parlimen dan memegang jawatan di Kabinet boleh memohon kad tersebut?

Gambar berkenaan menyatakan senarai nama individu termasuk Mustapha yang belum menuntut kad untuk berbuat demikian dalam tempoh seminggu dari 28 Ogos di Padiberas Nasional Berhad (Bernas), Kota Belud, Sabah. 

Kad yang tidak dituntut dalam tempoh diberi akan dikembalikan ke ibu pejabat di Jitra, Kedah. 

Gambar itu menyatakan nombor kad pengenalan dan alamat tempat tinggal Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri PKR, Sabah itu di Kota Kinabalu. 

NIAT AWAL MAHU BERTANI 

Sementara itu, Mustapha dalam kenyataan di Facebook menjelaskan, beliau pernah bercadang menjadi petani di kampung halamannya selepas tewas tiga kali dalam pilihan raya di Kota Belud dan tiada pendapatan tetap. 

Beliau juga menyertakan gambar sama di dalam kenyataan itu. 

Mustapha mengambil kesemua geran tanah ahli keluarga dan mahu menguruskannya sendiri ketika itu. 

“Mahu kembali ke zaman lampau seperti masa kecil membawa arwah mak dan ayah bersawah padi. 

“Politik memang saya kurang beri keutamaan dan niatnya mahu tunjukkan kepada generasi muda petani juga boleh berjaya dengan rezeki penuh keberkatan. Jadi, saya proseslah semua dokumen termasuk memohon kad pintar ini. 

“Tiba-tiba, saya kena hantar (bertanding) di Parlimen Sepanggar (pada Pilihan Raya Umum ke-15) dan niat bertani tertangguh. Itulah ceritanya di sebalik kad yang belum diambil dan kad ini juga tidak boleh diwakilkan,” katanya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya