LONDON: Teka-teki matematik yang dikatakan digunakan dalam sesi temuduga di Universiti Harvard telah mengejutkan ramai, dengan 90 peratus orang yang mencubanya gagal memberikan jawapan yang betul. Imej yang dikongsi dalam media sosial menunjukkan kepala surat universiti tersebut dengan soalan matematik yang ditulis dalam dakwat merah dan hitam. Soalan itu bertanya, ‘Jika terdapat tujuh lelaki dengan tujuh isteri dan setiap lelaki serta setiap isteri mempunyai tujuh anak, berapakah jumlah keseluruhan orang?’…










