Tak masuk campurlah hal orang, Fattah Amin okay sahaja - Liyana Jasmay - Utusan Malaysia

Tak masuk campurlah hal orang, Fattah Amin okay sahaja – Liyana Jasmay

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelakon, Liyana Jasmay enggan mengulas dan memberi sebarang komen berkenaan rumah tangga aktor, Fattah Amin meskipun sedang menjalani penggambaran untuk sebuah naskhah bersama.

Tegas Liyana, dia tidak mahu masuk campur isu rumah tangga orang lain sebaliknya hanya bersikap profesional dengan pelakon lelaki itu sepanjang di lokasi penggambaran.

“Tak masuk campurlah hal orang, dia okay sahaja di lokasi penggambaran. Kami di set pun hanya berborak pasal karakter sahaja. Dia seorang yang baik dan kami tidak berbual tentang perkara peribadi pun.

“Jadi, kami sangat profesional dan ada batasnya. Lagi-lagi kami sudah lama dalam industri, dan saya pun sudah berkahwin, jadi saya tak bercakap tentang hal peribadi orang,” katanya ketika ditemui di majlis sidang media filem Baik Punya Ah Long di sini, baru-baru ini.

Ditanyakan tentang keadaan terkini Fattah ketika di set penggambaran , Liyana menyifatkan suami kepada pelakon, Nur Fazura itu sentiasa dalam keadaan terurus dan baik-baik sahaja.

“Dia kan handsome, elok sahaja datang ke lokasi penggambara. Dia sampai sahaja make up artist solekkan dia,” ringkasnya.

Dalam pada itu, penyanyi lagu Cinta Bersatu itu berkongsi dia dan Fattah bakal digandingkan dalam sebuah naskhah yang berjudul, 11 Cinta Sebelum Kamu buat pertama kali.

Sejak kebelakangan ini, isu rumah tangga Fattah dan Fazura semakin hangat menjadi sorotan selepas timbul dakwaan bahtera perkahwinan mereka sedang bergolak.

Pasangan itu juga sudah jarang kelihatan bersama di mana-mana acara dan tidak lagi saling berkongsi foto antara satu sama lain di media sosial.

Setakat ini, Fazura dan Fattah masih lagi mengunci mulut untuk memberikan sebarang respons mengenai status perkahwinan mereka yang dikatakan seperti retak menanti belah.

Untuk rekod, Fazura dan Fattah telah berkahwin pada 27 November 2017 dan dikurniakan seorang anak perempuan, Nur Fatima Aisya, 3.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×