Sindiket pemerdagangan manusia: Polis masih mengesan ‘Datuk Seri’

Sindiket pemerdagangan manusia: Polis masih mengesan ‘Datuk Seri’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Polis Diraja Malaysia (PDRM) masih mengesan seorang individu bergelar Datuk Seri bagi membantu siasatan kes sindiket pemerdagangan manusia di Myanmar yang dikaitkan de­ngan seorang ahli politik.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, kes itu masih dalam siasatan PDRM.

“Kita sedang kesan dan kes ini masih dalam siasatan PDRM,” katanya ringkas ketika dihubungi Utusan Malaysia semalam.

Media sebelum ini melaporkan, siasatan PDRM berkaitan ahli politik didakwa terlibat sindiket pemerdagangan manusia di Myanmar kini melibatkan semakan transaksi beberapa individu.

Semakan akan dilakukan PDRM dengan Bank Negara Malaysia (BNM) berhubung kemasukan dan pengeluaran wang dari syarikat atau akaun persendirian melibatkan individu-individu berkaitan.

Setakat ini, polis mengambil keterangan tiga individu termasuk ahli politik terbabit dan suaminya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 12 Seksyen 12 Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007.

Pada 28 Ogos lalu, media melaporkan seorang ahli politik yang juga bekas timbalan menteri dipercayai terlibat aktif dengan menjadi dalang kepada kumpulan sindiket pemerdagangan manusia antarabangsa beroperasi di Myanmar.

Setiausaha Agung Pertubuhan Kemanusian Masyarakat Antarabangsa Malaysia (MHO), Datuk Hishamuddin Hashim dilaporkan berkata, ahli politik wanita itu bersama suaminya turut meme­gang jawatan penting selaku pengerusi keselamatan sebuah syarikat.

Difahamkan, mereka mula dikesan terbabit pada awal 2020 dan wanita itu pernah menjadi ahli Parlimen di ne­geri utara tanah air selain pernah dilantik sebagai timbalan menteri.

Ia ekoran tular satu vi­deo pembongkaran sindiket pemerdagangan manusia tersebut di Myanmar di siaran Youtube yang diterbitkan oleh media Indonesia, baru-baru ini.

Video itu mendakwa ramai rakyat Indonesia telah menjadi mangsa sindiket terbabit yang secara terangan terlibat dalam aktiviti jenayah pemerdagangan manusia termasuk melakukan paksaan, penyiksaan, penjualan organ manusia serta jenayah membunuh.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×