Siasat kewujudan ajaran sesat - Sultan Pahang

Siasat kewujudan ajaran sesat – Sultan Pahang

Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah (empat kanan) berkenan menyampaikan Anugerah Maulidur Rasul kepada bekas Naib Canselor Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (UnIPSAS), Datuk Abdul Razak Abu yang diwakili oleh isteri beliau, Datin Azizah@Maznah Lebai Bakar (tiga kanan) pada majlis sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Pahang di Dewan Jubli Perak Sultan Ahmad Shah di sini, hari ini. GAMBAR /SHAIKH AHMAD RAZIF.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Terdapat enam kes membabitkan ajaran sesat ataupun pemujaan salah dilaporkan masih aktif di negeri ini sehingga kini berbanding 34 suatu ketika dahulu.

Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah, semua pihak perlu menyiasat sendiri ajaran-ajaran sesat berkenaan sama ada ia suatu yang baik atau tidak.

“Cuma yang sedih itu, ada dua kes ajaran sesat di Pekan yang merupakan tempat saya dilahirkan.

“Saya minta pihak polis, jabatan agama siasat ajaran-ajaran sesat ini. Insya-Allah saya rasa ini dapat kita selesaikan dengan secara baik dan kita tidak mahu menganiayakan ataupun mengaibkan sesiapa,” titah baginda pada Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Pahang di Dewan Konvensyen Sultan Ahmad Shah di sini, semalam.

Al-Sultan Abdullah dalam pada itu mengingatkan, umat Islam perlu meletakkan agama sebagai asas kehidupan serta tidak membiarkan perbezaan politik menjadi asbab kelemahan perpaduan umat.

“Ingatlah, bersatu kita teguh, bercerai kita roboh. Saya berharap, agar semua pihak termasuk pemimpin-pemimpin parti politik di Pahang khususnya bersatu dalam menjaga kesucian Islam.

“Perbezaan politik adalah perkara yang wajar dalam sebuah negara yang mengamalkan sistem demokrasi. Namun apabila ia melibatkan agama, kita perlu mengetepikan perbezaan tersebut dan bersama demi kebaikan ummah. seperti “biduk lalu, kiambang bertaut”, “berkelahi di hujung batang, berbaik di pangkal batang”.

“Walaupun ada perbezaan dan perselisihan, akhirnya kita tetap perlu bersatu demi kebaikan bersama,” titah baginda.

Baginda turut bertitah, tanggungjawab menjaga syiar Islam tidak boleh dipisahkan atau dipecah-belahkan atas dasar fahaman politik atau perbezaan ideologi.

Tegas Sultan Pahang, menjaga syiar Islam adalah tugas yang bukan hanya terletak di atas bahu ulama, pemimpin atau pihak berkuasa agama semata-mata tetapi ia tanggungjawab setiap individu muslim. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN