Sebanyak 30,000 tan padi MADA rosak

Sebanyak 30,000 tan padi MADA rosak

KPKM memperkenalkan asas pengiraan baharu kadar sara diri (SSR) dab penggunaan per kapita (PCC) beras negara.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Banjir yang menenggelamkan hampir 6,000 hektar sawah dalam wilayah Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) di Kedah dan Perlis menyebabkan kira-kira 30,000 tan metrik padi rosak.

Pengerusi MADA, Datuk Dr. Ismail Salleh berkata, kerugi­an pula dianggarkan kira-kira RM50 juta yang dinilai berda­sarkan harga pembelian padi oleh kilang berjumlah RM1,800 setiap tan metrik ketika ini.

“Data terkini menunjukkan sebanyak 5,900 hektar kawasan sawah dalam wilayah MADA di­tenggelami air. Sehingga kini masih terdapat kawasan sawah yang dilanda banjir termenung iaitu di Pendang.

“Kawasan sawah terjejas kebanyakannya bercampur dengan lumpur. Walaupun sesetengah kawasan hanya berdepan banjir untuk tempoh sekejap, tetapi padi mereka tetap juga rosak,” katanya ketika dihubungi di sini.

Semalam, akhbar ini mela­por­kan terdapat lebih 1,500 hek­tar kawasan sawah di bawah wilayah Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) terkesan banjir melibatkan kerugian RM13.5 ju­ta terhadap 972 petani.

Kebanyakan padi itu sudah mencapai umur yang boleh di­tuai iaitu antara 85 hingga 100 hari kecuali di Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Kuala Ketil yang baru berusia 14 hari.

Mengulas lanjut, kata Ismail, MADA mengambil tindakan se­gera untuk menjalankan bancian bagi mendapatkan nilai terperinci kerugian yang ditanggung pesawah.

“Di kebanyakan kawasan ter­masuk Pendang, petani sebenarnya hanya menanti masa saja untuk menuai padi tetapi sekarang semuanya musnah.

“Sebagai contoh di Pendang, hanya 12 peratus pesawah sempat menuai sebelum banjir me­landa. Kami akan berusaha sedaya yang boleh bagi meri­ngankan beban ditanggung pe­sa­wah,” katanya.

Di Perlis sahaja, sebanyak 432.9 hektar sawah melibatkan 256 pesawah dalam kawasan luar dan dalam MADA yang terjejas berikutan sawah tenggelam serta padi rebah ekoran banjir tersebut.

Ia menyebabkan pesawah di negeri ini mengalami kerugian sehingga mencecah RM3.5 juta. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN