SYDNEY: Badan pemerhati pengguna Australia menyaman dua rangkaian pasar raya terbesar di negara itu, kerana didakwa membuat diskaun palsu melibatkan ratusan barangan. Suruhanjaya Persaingan dan Pengguna Australia (ACCC) mendakwa, Coles dan Woolworths melanggar undang-undang pengguna dengan menaikkan harga sementara sebelum menurunkannya kepada nilai sama atau lebih tinggi daripada kos asal. Coles berkata, syarikatnya akan mempertahankan diri terhadap dakwaan itu, manakala Woolworths akan mengkaji semula tuntutan saman tersebut. Gergasi pasar raya…










