JERANTUT: Dewan Ulama Pas Pusat menggariskan tiga fokus utama selaras dengan tema Kesatuan Asas Kekuatan bagi menangani pelbagai cabaran iklim politik negara akan datang. Ketuanya, Datuk Ahmad Yahaya berkata, fokus utama ialah dari aspek kesatuan politik dalam menerajui perubahan ummah yang semakin rencam dengan pelbagai pengaruh luaran dan tekanan yang semakin mencabar. Tegasnya, Dewan Ulama harus membawa wacana penyatuan ummah ke tengah masyarakat supaya ia kembali dihayati oleh masyarakat khususnya…










