KUANTAN: Syarikat konsesi didakwa terus memonopoli projek-projek menguntungkan dan kewujudannya langsung tidak membantu kelangsungan hidup lebih 50,000 kontraktor G1 dalam memperoleh tender kerajaan. Difahamkan, ketika ini terdapat antara tiga hingga tujuh syarikat konsesi di setiap negeri yang memonopoli projek membabitkan jalan raya dan cerun bernilai bawah RM200,000. Yang Dipertua Persatuan Kontraktor Kelas F (PKKF) Pahang, Ahmad Faiz Zulkifly mendakwa, isu konsesi bukan perkara baharu sebaliknya sudah lama menjadi ‘bom jangka’…