Bumiputera digesa ceburi bidang perdagangan dan perindustrian - Utusan Malaysia

Bumiputera digesa ceburi bidang perdagangan dan perindustrian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Pada 21 Jun 1974, Utusan Malaysia melaporkan gesaan Tun Abdul Razak agar bumiputera merebut peluang-peluang baharu dalam perdagangan dan perindustrian dengan menyertai bukan bumiputera bagi mengelakkan “monopoli” oleh satu golongan sahaja.

Dalam hubungan ini, Perdana Menteri mahukan penyertaan tersebut benar-benar bermakna dan aktif dalam semua peringkat dan tidak hanya penyertaan pasif dengan menamakan seorang dua bumiputera sebagai pengarah sahaja.

Antara peristiwa lain yang menarik

  • 21 Jun 1973 – Nama Tan Sri Ghazali Shafie, Menteri Penerangan dan Tugas-Tugas Khas telah dicadangkan bagi menggantikan nama Jalan Worthington di Kuala Lipis, Pahang.
  • 21 Jun 1975 – Sebuah syarikat perkapalan milik bumiputera bertaraf antarabangsa telah ditubuhkan, iaitu Syarikat Perkapalan Zawati Sendirian Berhad atas inisiatif Kumpulan Syarikat Zawati.
  • 21 Jun 1976 – Lebih 15,000 orang penduduk Baling dari berbilang kaum telah keluar beramai-ramai hari ini menyertai satu demonstrasi besar-besaran mengutuk kegiatan pengganas komunis.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428 atau e-mel ke: [email protected] .

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya