Malaysia mahu pelaburan syarikat China bawa penubuhan pusat R&D 

Malaysia mahu pelaburan syarikat China bawa penubuhan pusat R&D 

LIEW CHIN TONG - Kredit Foto Jabatan Penerangan Malaysia
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Malaysia mahu supaya syarikat-syarikat China yang melabur membawa kepada penubuhan pusat penyelidikan dan pembangunan (R&D) di negara ini. 

Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), Liew Chin Tong berkata, pelaburan syarikat China itu juga diharap membawa kepada penubuhan ibu pejabat serantau di negara ini. 

“China merupakan rakan dagang penting Malaysia selain terus menjadi destinasi utama pelaburan syarikat-syarikat China. 

“Jadi, saya berharap agar syarikat-syarikat China mengambil langkah jangka panjang,” katanya dalam kenyataan di Facebook hari ini. 

Chin Tong menerima kunjungan hormat daripada Timbalan Menteri Industri dan Teknologi Maklumat China, Wang Jiangping bersama delegasinya di MITI hari ini.

Dalam pada itu, Chin Tong memberitahu, Malaysia dan China juga berbincang usaha mengukuhkan kerjasama dalam sektor strategik seperti besi dan keluli, kenderaan tenaga baharu, sel solar PV dan semikonduktor. 

“Semua ini akan membolehkan kedua-dua negara mencapai pertumbuhan ekonomi dalam suasana perdagangan global,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN