PETALING JAYA: Malaysia dan China bersetuju melaksanakan pertukaran dan penghasilan kandungan kreatif menerusi memorandum persefahaman (MoU) yang termeterai antara kedua-dua negara hari ini. MoU yang ditandatangani di Beijing secara bersama oleh Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dengan Menteri Pentadbiran Radio dan Televisyen Nasional (NRTA) China, Cao Shumin, antara lain bertujuan meningkatkan kerjasama dalam bidang media dan penyiaran. Fahmi berkata, fokus akan diberikan kepada kandungan yang menonjolkan budaya, pelancongan dan makanan kedua-dua…










