BUKIT KAYU HITAM: Hampir 40 rakyat Malaysia yang merancang bercuti ke Hatyai, Thailand kempunan kerana tidak dapat ke luar negara disebabkan masalah berkaitan dokumen perjalanan. Antaranya disebabkan pasport rosak, tunggakan cukai di bawah Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan kes membabitkan cukai kastam serta kes jenayah lama yang belum diselesaikan. Pengarah Jabatan Imigresen Kedah, Mohd. Ridzzuan Mohd Zain berkata, pihaknya mengesan 10 kes pasport rosak termasuk dokumen perjalanan itu koyak,…










