PETALING JAYA: Penglibatan semakin ramai masyarakat untuk kekal di industri ekonomi gig tidak perlu dilarang, ekoran sektor tersebut mampu untuk memberi pendapatan dengan lebih mudah walaupun tidak stabil. Ketua Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Sdn. Bhd., Dr. Mohd. Afzanizam Abdul Rashid berkata, ekonomi gig patut dilihat sebagai industri yang berjaya membuka peluang pekerjaan untuk orang ramai pada saat masyarakat bersaing untuk memiliki kerjaya yang diimpikan. Beliau berkata, walaupun pekerja gig menerima…










