PETALING JAYA: Sebanyak 740 rakaman percakapan telah direkodkan bagi siasatan membabitkan serbuan rumah amal Global Ikhwan & Services Berhad Holdings (GISBH). Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, ia membabitkan 30 adalah rakaman percakapan pengadu, saksi (216), mangsa (392) dan suspek (102). “Jumlah kumulatif kertas siasatan yang telah dibuka bagi Fasa 1 dan 2 adalah sebanyak 33 kertas siasatan. “Sebanyak 10 kertas siasatan dibuka pada Fasa 1 iaitu masing-masing…










