Enam PATI Myanmar dicekup semasa cuba melarikan diri

Enam PATI Myanmar dicekup semasa cuba melarikan diri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RANTAU PANJANG: Cubaan enam pendatang asing tanpa izin (PATI) warganegara Myanmar yang cuba melarikan diri gagal apabila mereka berjaya ditahan anggota Batalion 8 Pasukan Gerakan Am (PGA) Pengkalan Chepa dalam serbuan di Kampung Bukit Lata, di sini semalam.

Serbuan pukul 11 malam menerusi rondaan rutin Op Taring Wawasan Kelantan menahan tiga lelaki dan tiga wanita.

Komander Briged Tenggara PGA, Senior Asisten Komisioner Datuk Nik Ros Azhan Nik Ab. Hamid berkata, pemeriksaan mendapati kesemua PATI itu tidak mempunyai dokumen pengenalan diri yang sah.

Menurutnya, kesemua PATI itu dipercayai masuk ke negara ini melalui Thailand dengan menggunakan laluan tidak saha.

“Kesemua mereka ditahan mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63.

“Kita (PGA) telah menyerahkan kesemua PATI ini ke Balai Polis Jeram Perdah untuk tindakan lanjut,” katanya.

Nik Ros Azhan memberitahu, PGA akan terus mempergiatkan usaha bagi mengekang kegiatan penyeludupan di sempadan Malaysia-Thailand di negeri ini daripada terus berleluasa.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN