Dua warga Vietnam ditembak mati ada rekod jenayah

Dua warga Vietnam ditembak mati ada rekod jenayah

HAMZAH AHMAD (tengah) memeriksa kenderaan yang digunakan oleh dua penjenayah yang ditembak mati di Jalan Bukit Panchor, Nibong Tebal, Pulau Pinang awal pagi semalam. – UTUSAN/SITI NUR MAS ERAH AMRAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NIBONG TEBAL: Polis mengesahkan dua lelaki yang ditembak mati ketika cuba memecah masuk sebuah kilang di Jalan Bukit Panchor, Nibong Tebal di sini awal semalam adalah penjenayah dikehendaki dan mempunyai rekod kesalahan lampau.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Hamzah Ahmad berkata, kedua-dua suspek yang juga warga Vietnam berusia 38 dan 39 tahun itu aktif dalam kegiatan pecah pejabat sejak tahun 2017.

Terdahulu, katanya, dalam kejadian kira-kira pukul 3.20 pagi itu, sepasukan anggota polis daripada Bahagian D4, Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Pulau Pinang telah terserempak dengan sebuah kereta jenis Proton Waja dalam keadaan mencurigakan.

“Ketika kejadian, kedua-dua suspek dipercayai baru sahaja keluar dari premis terbabit dan polis kemudiannya mengarahkan mereka berhenti untuk diperiksa.

“Bagaimanapun, suspek-suspek itu yang bersenjatakan parang bertindak menyerang pasukan dan anggota polis yang bertugas terpaksa melepaskan empat das tembakan bagi mempertahankan diri.

“Kedua-duanya mati di tempat kejadian dan hasil pemeriksaan menjumpai dua bilah parang serta pelbagai peralatan yang dipercayai digunakan dalam kegiatan pecah rumah dan premis manakala kereta terbabit turut disita untuk siasatan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seberang Perai Selatan (SPS) di Jawi di sini semalam. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN