Dasar, SOP lapuk buka ruang salah guna kuasa, rasuah - KSN

Dasar, SOP lapuk buka ruang salah guna kuasa, rasuah – KSN

SHAMSUL AZRI ABU BAKAR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Semua Ketua Setiausaha Kementerian dan Setiausaha Kerajaan Negeri serta ketua jabatan diingatkan meneliti semula dasar, peraturan dan prosedur operasi standard (SOP) yang lapuk.

Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Shamsul Azri Abu Bakar berkata, dasar, peraturan dan SOP lapuk berpotensi untuk membuka ruang dan peluang kepada salah guna kuasa, penyelewengan dan rasuah. 

“Dasar, peraturan dan SOP perlu ditambah baik selaras dengan prinsip tatakelola baik iaitu ketelusan, akauntabiliti, kecekapan dan keberkesanan,” katanya dalam Facebook selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Tatakelola Nasional bilangan 2/2024 di Putrajaya hari ini.

Semalam, kerajaan melaksa­nakan reformasi besar-besaran apabila mengumumkan rombakan dan pelantikan baharu bagi 12 jawatan pengurusan tertinggi perkhidmatan awam.

Ia membabitkan sembilan Ke­­tua Setiausaha, ­seorang timbalan Ketua Setiausaha Ka­nan dan dua Ketua Pengarah yang berkuat kuasa semalam dan 23 September ini.

Pada dua hari lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu Ketua Setiausaha Negara supaya segera melakukan langkah-langkah reformasi dalam pentadbiran awam antaranya menubuhkan Sekretariat Kajian Rasionalisasi Badan Berkanun Persekutuan dalam menangani isu pertindihan fungsi dan dan penjimatan dana negara.

Dalam mesyuarat itu yang dihadiri semua Ketua Perkhidmatan awam termasuk Ketua Setiausaha Kementerian dan Peguam Negara, Shamsul Azri juga memberi perhatian serius berhubung isu tatakelola, salah guna kuasa termasuk kes-kes tatatertib yang melibatkan rasuah dan pecah amanah.

Selain itu, beliau membangkitkan bahawa terdapat kes-kes di dalam Laporan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang tertangguh sehingga enam hingga 10 tahun yang belum diselesaikan di peringkat kementerian dan agensi. 

“Saya telah minta perkara ini diberi perhatian serius kerana ianya boleh menjejaskan tapisan keutuhan dan laluan kerjaya seseorang pegawai,” katanya.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya