PETALING JAYA: Bank Rakyat akan mengagihkan dividen istimewa sebanyak dua peratus kepada 784,487 ahlinya berjumlah RM56.6 juta sempena ulang tahun ke-70, Sabtu ini. Bank Rakyat memaklumkan, pembayaran dividen istimewa itu mencerminkan komitmennya untuk terus memberikan pulangan yang kompetitif kepada ahli. Selain itu, katanya, ia juga menandakan pencapaiannya yang terus memainkan peranan penting dalam pembangunan ekonomi masyarakat sebagai salah satu institusi kewangan Islam terbesar serta bank koperasi Islam terbesar di negara…










