Ajar pemimpin senior kamu beradab, Akmal selar Kelvin Yii

Ajar pemimpin senior kamu beradab, Akmal selar Kelvin Yii

MUHAMAD AKMAL SALEH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhammad Akmal Saleh mempetahan tindakannya mengecam Naib Pengerusi DAP, Teresa Kok dalam isu cadangan mewajibkan pensijilan halal untuk restoran dan syarikat makanan.

Dr. Akmal yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau berkata, Dr. Kelvin Yii Lee Wuen selaku Ketua Pemuda DAP perlu menegur pemimpin senior partinya untuk beradab terlebih dahulu.

Kata beliau, tindakannya itu selepas Teresa mengeluarkan kenyataan yang menyentuh orang Melayu dan Islam.

“Sila ajar pemimpin senior kamu untuk beradab. Sarang tebuan jangan dijolok. Hal Melayu Islam jangan nak menyibuk. Kalau tak mahu kami di sini biadap, jangan celupar, jangan mencabar.

“Kami boleh bersahabat dan berkawan dengan sesiapa sahaja, malah akan membalas dengan berlipat ganda kebaikan dengan orang yang berbudi pekerti tapi kalau kamu tiada pekerti dan hilang susila, mari kami tunjuk cara biadap dan kurang ajar yang sebenar.

“Malulah anak jantan kalau orang menjual kita tidak membeli,” katanya di dalam satu hantaran di Facebook, hari ini.

Terdahulu, media melaporkan, Kelvin menganggap Dr. Akmal biadab selepas didakwa mengeluarkan kenyataan yang bersifat seksis dan misoginis terhadap Teresa.

Kelvin berkata, Dr. Akmal seharusnya menentang dengan fakta dan hujah dalam isu cadangan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) yang mempertimbangkan untuk mewajibkan pensijilan halal bagi restoran dan syarikat makanan.

Menurut beliau, pemimpin UMNO itu tidak seharusnya menggunakan panggilan nama terhadap Ahli Parlimen Seputeh itu.

Dr. Akmal melalui sebuah klip video yang dimuat naik di akaun TikTok menyelar kenyataan yang dikeluarkan oleh Teresa.

Beliau menyifatkan Teresa sebagai ‘nyonya tua’ dan meminta kerajaan menyediakan logo tidak halal untuk ditampil oleh kerajaan untuk ditampal di dahi pemimpin itu.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN