KUALA LUMPUR: Polis mengesan taktik sindiket ‘job scam’ yang menyebar mesej tawaran pekerjaan secara sambilan dengan memberi ulasan kepada laman sesawang, produk dan sebagainya. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, pihaknya mengesan satu sebaran mesej tawaran pekerjaan secara sambilan yang dipercayai didalangi oleh sindiket Job Scam. Menurutnya, ulasan tersebut akan meningkatkan trafik di laman sesawang tersebut sekaligus memberi keuntungan kepada peniaga yang…










