MELAKA: Seorang wanita didakwa di Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas pertuduhan menggigit hidung jirannya kerana tidak tahan dengan bunyi bising kerja-kerja pengubahsuaian di rumah mangsa, Januari lalu. Adrienne Liew Siew Wern, 37, mengaku tidak bersalah sejurus pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Majistret Nor Syaliati Mohd. Sobri. Mengikut kertas pertuduhan, Siew Wern dengan sengaja menyebabkan cedera terhadap jiran lelakinya, Lau Siong Ping, 40, di sebuah rumah di Taman Bunga Raya Bukit Beruang dalam daerah Melaka Tengah kira-kira pukul 6 petang pada 19 Januari 2024. Jika sabit kesalahan tertuduh…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya