SUNGAI PETANI: Wanita yang ditolak ke dalam gaung dalam kejadian berhampiran Kilometer 31.2 Jalan Raya Timur Barat (JRTB) Gerik-Jeli pada 27 Julai lalu, nekad merangkak naik selepas terbayangkan wajah dua anaknya yang masih kecil. Perkara itu diceritakan oleh Ketua Operasi Ambulans Murtadha Dakwah Centre (Madad), Muhammad Ridzuan Osman yang bertemu dengan wanita itu sewaktu menghantarnya pulang ke kampung di Kelantan selepas dibenarkan keluar dari Hospital Taiping, semalam. Menurut Ridzuan, mangsa…










