PETALING JAYA: Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) melakar sejarah baharu dengan menganjurkan Persidangan Mengenai Kemanusiaan dan Sains Sosial Antarabangsa (ICHiSS 2024) Ke-16 yang berakhir hari ini. Persidangan itu dianjurkan hasil kerjasama antara Fakulti Pengajian dan Pengurusan Pertahanan UPNM dengan Fakulti Sastera Liberal Universiti Prince of Songkla, Thailand di Putrajaya. UPNM dalam satu kenyataan memaklumkan, tema persidangan kali ini adalah ‘Transformasi Digital dalam Kemanusiaan dan Sains Sosial’. “Tema ini berkisar cabaran…










