Ulama tersohor Kedah, Tok Guru Awang Lanai meninggal dunia - Utusan Malaysia

Ulama tersohor Kedah, Tok Guru Awang Lanai meninggal dunia

ABDUL Wahab Hassan yang turut dikenali sebagai Tok Guru Awang Lanai meninggal dunia akibat sakit tua di Baling.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Ulama Kedah tersohor, Abdul Wahab Hassan, 86, menghembuskan nafas terakhir akibat sakit tua di rumahnya di Parit Panjang, Baling hari ini.

Menurut anak ulama yang turut dikenali sebagai Tok Guru Awang Lanai itu, Hamdan Dziauddin, 50, Allahyarham meninggal dunia pada pukul 3.05 petang setelah sebulan menerima rawatan di Hospital Baling.

“Ayah sebelum ini dimasukkan ke hospital kerana paras oksigennya menurun dan beberapa hari lepas kami bawa ayah pulang. Ayah meninggal dunia di samping anak-anaknya,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Menurut Mudir Madrasah Tahzib An Nufus yang dibina Allahyarham itu, jenazah Tok Guru Awang Lanai dijangka dikebumikan kira-kira pukul 10 pagi esok di Tanah Perkuburan Islam Parit Panjang.

“Arwah baru enam hari menyambut hari ulang tahun kelahirannya yang ke-86 dan walaupun uzur arwah nampak ceria,” katanya.

Allahyarham dilahirkan di Sik pada 28 Julai 1938 dan mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Melayu Kampung Tupai sebelum menuntut ilmu agama di banyak pondok dan tok guru terkenal termasuk Pondok Lanai dan Pondok Penanti.

Tok Guru Awang Lanai membuka madrasah sendiri yang kini diuruskan anak-anaknya di Parit Panjang pada 1988 yang berjaya melahirkan ramai agamawan. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN