KEMAMAN: Seorang tukang jahit mengambil inisiatif menawarkan khidmat sewaan busana bertemakan kemerdekaan bagi membantu golongan ibu bapa menyediakan pakaian untuk anak-anak sempena sambutan Bulan Kebangsaan Ke-67 tahun ini. Kamsiah Semadi, 54, dari Kampung Besut, Chukai, dekat sini, berkata, dia mula menawarkan khidmat sewaan itu sejak lima tahun lalu selepas menyedari ramai ibu bapa tidak mampu untuk membeli baju yang siap di pasaran berikutan harga yang mahal. Katanya, pada tahun ini,…










