PETALING JAYA: Kerajaan disarankan untuk meneruskan usaha membantu membawa rakyat Palestin yang cedera di Mesir ke Malaysia bagi membolehkan mereka menerima rawatan di sini dengan lebih berkesan. Ketua Pegawai Eksekutif Cinta Gaza Malaysia (CGM), Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzzaman berkata, pihaknya sedia bekerjasama dengan kerajaan pada masa depan bagi meningkatkan keberkesanan bantuan kemanusiaan itu jika berhasrat meneruskan usaha tersebut. Katanya, puluhan ribu rakyat Palestin dari Gaza yang cedera akibat serangan rejim Zionis terpaksa keluar ke Mesir untuk mendapatkan rawatan dan keadaan itu mungkin mengakibatkan negara itu tidak mampu menampung jumlah pesakit…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya