Tanggungjawab besar penjawat awam - KSN

Tanggungjawab besar penjawat awam – KSN

SHAMSUL AZRI ABU BAKAR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Pelarasan gaji baharu yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah seiring dengan tanggungjawab besar kepada penjawat awam.

Ketua Setiausaha Negara (KSN), Datuk Seri Shamsul Azri Abu Bakar berkata, penjawat awam perlu memenuhi jangkaan orang ramai dengan memberikan perkhidmatan terbaik. 

“Ini adalah satu penghormatan dan pengiktirafan tertinggi kepada penjawat awam, tetapi penghormatan itu ia datang dengan pengorbanan penjawat awam. 

“Penjawat awam perlu memenuhi jangkaan orang ramai, tiada laluan mudah, semuanya berdasarkan prestasi,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam (MAPPA) Ke-19 di sini, hari ini. 

Terdahulu, Anwar mengumumkan pelarasan gaji penjawat awam sebanyak 15 peratus kepada kumpulan pelaksana, manakala tujuh peratus kepada pengurusan tertinggi.

Katanya, pelarasan itu akan dilaksanakan secara bertahap dengan fasa pertama bermula 1 Disember ini.

“Fasa seterusnya akan bermula 1 Januari 2026 dan kita melaksanakannya secara berfasa kerana kekangan dan mahu mengelakkan inflasi,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN