Tanah jerlus: Baki dua lagi lurang kumbahan diperiksa

Tanah jerlus: Baki dua lagi lurang kumbahan diperiksa

DR. ZALIHA Mustafa meninjau lokasi wanita warga India, Vijayaletchumi, 48, yang terjatuh ke dalam lubang benam berhampiran Masjid India, Kuala Lumpur.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Operasi pencarian mangsa kejadian tanah jerlus Jalan Masjid India, di sini hari ini masih menumpukan di dua lagi lurang kumbahan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr. Zaliha Mustafa berkata, dua lurang kumbahan itu melibatkan kawasan di Dataran Merdeka dan Bulatan Kinabalu menghala ke Pantai Dalam.

Kata beliau, setakat ini, sebanyak empat lurang kumbahan telah diperiksa namun tiada sebarang penemuan mangsa di lokasi itu.

“Sekiranya selepas operasi berakhir di kolam kumbahan dan mangsa tetap belum ditemukan, kita akan mengadakan perbincangan semula apa tindakan seterusnya.

“Berapa lama operasi ini akan selesai, kita belum dapat tentukan lagi,” katanya dalam sidang akhbar di lokasi kejadian di sini hari ini.

Beliau berkata, penelitian juga akan dibuat terhadap laporan penuh berhubung kejadian selepas operasi ditamatkan.

Jelas beliau, penelitian ini adalah bagi mengetahui punca sebenar bagaimana kejadian itu boleh berlaku.

“Kita akan buat pemetaan semula untuk mendapatkan maklumat terhadap semua pihak termasuk Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG) bagi memastikan kawasan di sekitar lokasi dan ibu negara selamat,” jelasnya.

Dalam pada itu, Zaleha berkata, beliau sudah bertemu keluarga mangsa untuk memberi bantuan sewajarnya.

“Kita akan minta JKM beri bantuan kepada ahli keluarga mangsa yang masih dalam keadaan beremosi menanti khabar,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN