PETALING JAYA: Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan menerima menghadap Ketua Setiausaha Negara (KSN) baharu, Datuk Seri Shamsul Azri Abu Bakar di Istana Negara, hari ini. Turut hadir ialah bekas KSN, Tan Sri Mohd. Zuki Ali, menurut hantaran di akaun Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar. Pejabat Perdana Menteri pada 7 Ogos lalu mengumumkan pelantikan Shamsul Azri yang juga bekas Ketua Pengarah Unit Kerjasama Awam Swasta (UKAS) sebagai KSN ke-16 berkuat kuasa semalam. Beliau dilantik bagi menggantikan Mohd. Zuki yang tamat kontrak perkhidmatan pada 10 Ogos. utu Pelantikan Shamsul Azri yang…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya