KUALA TERENGGANU: Kerajaan negeri akan memanggil Persatuan Renang Terengganu bagi mendapatkan penjelasan berhubung penyertaan atlet wanita dalam acara terjun pada Sukan Malaysia (Sukma), minggu lalu. Pertemuan bersama Majlis Sukan Negeri Terengganu (MSNT) itu susulan penyertaan atlet berkenaan yang melanggar garis panduan serta tidak diketahui kerajaan negeri Terengganu. Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan negeri, Hishamuddin Abdul Karim berkata, maklumat awal mendapati atlet terbabit menyertai Sukma dengan duit…