TAK tahu mahu respons macam mana apabila Cik Bunga dapat tahu, wanita yang pernah menjadi punca keruntuhan rumah tangga orang lain ini kini hidup asyik merungut dengan lelaki yang dia sendiri rebutkan.
Kalau dulu, bukan main kontroversi tiga penjuru ini dimainkan di media massa dan di media sosial.
Maklumlah, lelaki tersebut yang merupakan seorang selebriti popular, jadi tentunya cerita dan kelakuannya curang menjadi bahan mulut orang.
Banyak sangat kisah sensasi dan kontroversi mereka sampai naik jelak orang membacanya. Cik Bunga dapat tahu, setelah meraih ‘kemenangan’ merampas suami orang itu, wanita yang kini bergelar isteri baru selebriti berkenaan bagaimanapun hidup tidak bahagia.
Tidak habis-habis merungut mengenai kerenah suaminya itu yang didakwanya pemalas dan tidak reti cari duit.
Kerja-kerja di rumah pun malas hendak tolong. Segala-galanya diuruskan oleh isteri. Eh! Bukan awak sendirikah yang hendak sangat lelaki itu dan kononnya lebih mengenali lelaki itu?
Selepas selebriti berkenaan sudah menceraikan isteri dan berkahwin dengan awak, sepatutnya hidup mereka bahagialah bukan?
Barulah, dia tahu macam mana sebenarnya hidup dengan lelaki berkenaan. Masa berebut cinta suami orang, dia tak tahu. Hmm..begitulah kehidupan.










