Siapa taruhan PN, Mohamad Nor atau Dzulkarnain?

Siapa taruhan PN, Mohamad Nor atau Dzulkarnain?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLUANG: Siapa calon Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota pada 28 September ini masih menjadi tanda tanya apabila para pemimpin gabungan itu sama ada di peringkat negeri atau bahagian terus mengunci mulut.

Walau bagaimanapun, na­ma dua ‘orang lama’ disebut-sebut bakal berentap dengan calon Barisan Nasional (BN) yang akan mempertahankan kerusi berkenaan.

Menurut sumber, dua nama yang berkemungkinan menjadi taruhan PN ialah Ketua Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Bahagian Kluang, Mohamad Nor Linggan atau Naib Ketua Bersatu Bahagian Kluang, Dzulkarnain Alias.

“Kewibawaan Mohamad Nor turut tidak boleh dipertikaikan walaupun kalah kepada penyandang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Mahkota, Allahyarhamah Datuk Sharifah Azizah Syed Zain dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) pada Mac 2022.

DZULKARNAIN Alias adalah antara nama yang disebut-sebut bertanding mewakili Perikatan Nasional dalam PRK DUN Mahkota.

“Begitu juga dengan Dzulkarnain, walaupun kecundang dalam persaingan sebagai calon Ahli Parlimen Kluang pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15, namun perolehan undi sebanyak 22,021 me­nunjukkan satu peningkatan sokongan walaupun berdepan saingan empat penjuru pada ketika itu,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Namun, Bersatu yang mengaku sebagai underdog kerana hanya memiliki 11 cawangan di DUN Mahkota, pihaknya akan berusaha lebih gigih untuk merampas kerusi itu daripada BN.

“Tiada yang mustahil ke­rana sentimen serta isu yang dimainkan berbeza dan kemungkinan sebahagian daripada 66,318 pengundi mahu PN yang menang,’’ katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN